PM berbuka puasa bersama warga IPT

15 Apr 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan warga universiti di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 700 tetamu itu, turut disertai Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pelajar IPTA dan IPTS yang hadir ke majlis itu antaranya dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Multimedia, politeknik dan kolej komuniti.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 38 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah, Sungai Merab Luar, Kajang.

Ismail Sabri menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di Seri Perdana. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved