Malas Beratur, Pembeli Sanggup Beli Nasi Chef Ammar Dari ‘Reseller’ Walau Lebih Mahal

Food
14 Apr 2022 • 4:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sanggup bayar mahal beli dari reseller asalkan tak perlu beratur panjang

Beberapa hari yang lalu tular isu mengenai Nasi Mandy Lamb Shank Chef Ammar yang dijual dengan harga ‘cekik darah’.

Sungguhpun begitu, Nasi Mandy tersebut masih menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli sehinggakan ada yang sanggup untuk beratur lama semata-mata ingin membeli juadah viral ini.

image is not available

Malas beratur lama

Tular di TikTok apabila terdapat individu yang sanggup membeli nasi arab Chef Ammar dari ‘reseller’ meskipun ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga yang dijual Chef Ammar. Harga yang dijual ‘reseller’ tersebut adalah sebanyak RM65 berbanding Rm50 yang dijual Chef Ammar.

@a.xyuuu Beli dgn Chef Ammar image is not available Beli dgn reseller image is not available Sbb ghisau beratur lama-lama nnti tak dpt #bukapuasa #lambshank #chefammar ♬ DJ MARHABAN YA RAMADHAN – Risky Chici Remix

Melalui perkongsian itu, mereka memaklumkan bahawa mereka risau sekiranya tidak dapat membeli nasi arab tersebut meskipun mereka menunggu dan beratur lama. Mereka juga tidak kisah sekiranya perlu bayar melebihi harga yang dijual asalkan dapat membeli dan merasa Nasi Mandy tersebut.

Respon netizen

Video yang dikongsikan ini turut mendapat respon dari netizen yang beranggapan tindakan individu tersebut bukanlah satu perkara yang tidak baik kerana mereka tidak memotong barisan orang lain.

image is not available

image is not available

Mungkin ini lah juga sebab mengapa Chef Ammar hanya menghadkan pembelian maksimum sebanyak 4 bungkus sahaja untuk setiap seorang pelanggannya.

Kredit: TikTok Y U Y U

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media