“Sampai Aku, Habis!” – Dari Pagi Beratur Tunggu, Netizen Bengang Duit Di Mesin ATM Habis

27 Apr 2022 • 1:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum sedia tahu bahawa kita akan menyambut Syawal pada minggu hadapan dan ramai yang memerlukan wang untuk membeli persiapan raya yang bakal tiba.

Oleh itu, ramai yang berpusu-pusu pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) untuk mengeluarkan duit tunai tetapi kadang-kadang duit di dalam mesin tersebut habis dan pengeluaran tidak dapat dilakukan.

Itulah yang berlaku dan dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rose James. Menerusi laporan Sinar Harian pengguna Facebook itu telah menunggu untuk menggunakan mesin ATM sejak dari pagi tetapi tidak dapat membuat pengeluaran wang.

image is not available

Menurut Sinar Harian juga, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asainah memberitahu bahawa sebanyak lima mesin ATM CIMB kehabisan wang.

Ada juga pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zam Eusoff turut berkongsi pengalaman yang sama dengan pengguna-pengguna lain di mana dia berasa kecewa dengan kehabisan wang di ATM tempatnya.

Selain itu, beberapa kawasan di Selayang dan Rawang tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengeluaran wang tetapi ATM di Wangsa Maju dan Shah Alam berdepan masalah kehabisan wang pada hari Selasa.

image is not available 2 hari lalu

Tak Perlu Beratur Di Bank, Ini Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Dengan Mudah!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved