Chery Tiggo 8 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia – SUV 7 Tempat Duduk Dari China

26 Apr 2022 • 2:43 PM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

image is not available

SUV 7-tempat duduk dari China, Chery Tiggo 8 Pro dikhabarkan bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.


Jika dilihat secara kasar, Chery Tiggo 8 Pro yang dieksport keluar dari China hampir sama sahaja dengan Tiggo 8 Plus di China dari segi rupa bentuk dan output kuasanya.

image is not available

Ketika ini, spesifikasi bagi Tiggo 8 Pro di pasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui. Jika nak dibandingkan dengan model di pasaran lain, Tiggo 8 Pro hadir dengan ciri-ciri yang memberangsangkan. Berikut merupakan antara ciri-ciri Tiggo 8 Pro yang ditawarkan di pasaran luar.

image is not available

Spesifikasi Chery Tiggo 8 Pro

  • Enjin: 1.6 liter TGDI

  • Output: 197 PS dan 290 Nm

  • T1X  comfort chassis – ruang kepala dan tempat duduk belakang lebih luas, jarak kelegaan tanah lebih tinggi

  • Digandingkan dengan transmisi klac berkembar automatik 7 kelajuan

image is not available

Ciri Keselamatan

  • 6 beg udara keselamatan

  • Brek kecemasan automatik

  • Adaptive Cruise Control

  • Lane Keeping Assist

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

  • Pengesan titik buta

  • Pengenal tanda trafik

  • Amaran buka pintu

  • Kamera 360 darjah

image is not available

Walau bagaimanapun, sistem brek kecemasan automatik kereta ini tidak mampu untuk mengesan pejalan kaki dan penumpang basikal seperti di Proton X50. Sistem Lane Keeping Assist (LKA) kereta ini juga tidak dibekalkan dengan sistem bantuan pengekal tengah lorong (Lane Centering Assist).

image is not available

Exterior

  • Lampu utama LED penuh dengan teknologi matrix

  • Lampu nyalaan siang (DRL)

  • Rim aloi aluminium bersaiz 18-inci

  • Panoramic Sunroof

  • Rel bumbung

image is not available

Interior

  • Paparan meter digital penuh bersaiz 12.3-inci

  • Paparan sistem infotainment bersaiz 10.35-inci

  • Dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto)

  • 8 sistem pembesar suara dari Sony

  • Pengecas tanpa wayar

  • Penyaman udara dwi-zon

  • Upholsteri berwarna hitam dan perang

image is not available

Harga

Pada bulan lalu, Chery Tiggo 8 Pro ini telah dilancarkan di Afrika Selatan dan ditawarkan dalam 2 varian iaitu:

  • Distinctive - R496,900 (RM137,384)

  • Executive - R546,900 (RM151,217)

Afrika Selatan telah menjadi negara pertama di rantau Afrika yang menerima Tiggo 8 Pro ini selepas Amerika Selatan, Rusia dan Timur Tengah. Selepas ini, pasaran Malaysia pula. Melalui harga yang ditawarkan ini, kemungkinan SUV ini bakal dijual dalam lingkungan harga yang sebegitu rupa di Malaysia nanti. 

image is not available

Chery Tiggo 8 Pro ini merupakan pesaing bagi SUV 7 tempat duduk lain seperti Toyota Fortuner, Mazda CX-8 dan kemungkinan, Proton X90. Chery Tiggo 8 Pro dijangka akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi dan menurut laporan dan khabar angin semasa, SUV ini akan hadir ke pasaran negara pada tahun 2022 ini juga.