Tular Donat Bomboloni Inti Oksigen, Hujung-Hujung Je Dia Bagi!

9 Apr 2022 • 2:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tidak dinafikan, memang wujud peniaga yang tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Buktinya sebelum ini tular karipap inti oksigen dan sandwich yang dicalit telur di bahagian hujung sahaja.

Terbaru, viral pula bomboloni dijual tanpa filling atau isian di dalamnya. Daripada luar memang nampak pilihan filling seperti coklat, blueberry, strawberry dan sebagainya, tetapi bila dibuka isian itu sangat sedikit. Memang tak patut!

Menerusi perkongsian video yang dibuat pengguna Twitter @si_darwish, dia telah membeli beberapa biji bomboloni dipercayai daripada bazar Ramadan.

Dia dan rakan-rakan seolah-olah ditipu apabila kuih itu dibelah, intinya sangat sedikit dan tidak mencukupi. Kesian sungguh.

image is not available

Di ruangan komen, orang ramai menyelar tindakan peniaga yang disifatkan tidak bertanggungjawab. Bayangkan korang dah mengidam nak makan bomboloni tu, tiba-tiba dapat inti oksigen. Memang kecewalah kan.

Diharapkan peniaga lain ambil iktibar daripada situasi ini, janganlah ambil kesempatan demi keuntungan semata-mata.

Kredit: Twitter @si_darwish

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article