PRU15 wajar dilaksana selepas MoU kerajaan-PH tamat Julai ini: Bung Moktar

Politics
16 Apr 2022 • 9:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin(gambar).

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang boleh menggugat kestabilan kerajaan kini yang telah berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

Beliau berkata PRU15 penting bagi mendapatkan mandat baharu bagi membentuk sebuah kerajaan yang mantap, kukuh dan stabil untuk menjalankan pelbagai program pembangunan serta membangunkan ekonomi untuk rakyat.

“Kita melihat bahawa pilihan raya ini bukan atas kehendak Umno untuk membentuk kerajaan semata-mata tetapi kita melihat perkembangan ekonomi negara, kita mahu pelabur datang dan ada keyakinan di negara ini dengan kerajaan yang kukuh dan stabil,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Media Bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah di sini.

Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan MoU antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang berakhir 31 Julai ini tidak diteruskan lagi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akur dengan keputusan itu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved