
SEAWAL usia sembilan tahun, Jumisah Jumaidi yang berasal dari Tawau sudah belajar membuat kuih tradisional dan bun daripada ibunya yang kini memasuki usia emas 90an, dan membantu menjual produk itu dari rumah ke rumah di kampung.
Anak sulung daripada lapan beradik itu tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti membuat pau akan menjadi sumber pendapatannya. Kini berusia 51 tahun dan ibu kepada seorang anak, beliau merupakan seorang usahawan berjaya dengan mengusahakan kilang pau sebagai industri kerja dari rumah yang berpangkalan di rumah miliknya di Kg Rancangan Batu 22, Jalan Apas Balung di Tawau. JUMISAH (kiri) di tepi tempat penapaian roti yang digunakan untuk mengembangkan pau selama dua minit sahaja. 16 dulang boleh memuatkan sebanyak 1,024 pau pada satu-satu masa.
Kisah kejayaannya bermula pada tahun 2011 apabila Jumisah memutuskan untuk meninggalkan perniagaan restoran milik keluarga di Semporna, dan pulang ke kampung halamannya.
“Ketika itu, saya cukup yakin untuk memulakan perniagaan pembuatan pau kerana sudah mendapat pengalaman praktikal membuat pau semasa mengendalikan restoran itu,” katanya. PAU kemudian dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam penyejuk dan disimpan semalaman.
Sebagai permulaan, dia mengupah dua atau tiga pekerja dan hanya menghasilkan beberapa jenis pau untuk dijual di gerai tepi jalannya selama lebih dua tahun,
Secara beransur-ansur, dia mula melabur dalam teknologi bagi mendapatkan mesin pengukus gas (streamer) pau yang berharga hampir RM4,000, tempat penapaian berharga RM3,000, penyejuk dan peti sejuk beku, dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti harian.
Hari ini, Jumisah, yang dibantu enam pekerja wanita, mempunyai kapasiti bagi menghasilkan sehingga 1,000 pau segar dan sejuk beku sehari, bergantung pada tempahan daripada pelanggannya. PEKERJA wanita di kilang.
Antara pelanggannya ialah restoran, kopitiam, kafe, penduduk kampung dan orang awam, selain daripada pembeli yang datang sendiri ke premisnya (walk-in) untuk mendapatkan bun yang masih panas dan segar.
Daripada hanya enam jenis pau, beliau mempelbagaikannya kepada 15 jenis hari ini. Varieti termasuk pau coklat, kacang tanah, kacang merah, daging lembu lada hitam, ayam dengan cendawan dan keju, kelapa, mentega susu, strawberi, beri biru, kaya pandan, ayam barbeku dan ayam kari.
“Kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Pau kami boleh bertahan sehingga tiga bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Apabila stok mencukupi untuk memenuhi permintaan, kami berehat sebentar daripada pengeluaran. PELBAGAI jenis pau dengan yang dijual.
“Dan pada masa itulah saya akan menghantar bekalan kepada pelanggan di Semporna dan Kunak malah ke tempat-tempat sejauh Beluran, Ranau dan Keningau apabila ada tempahan,” kata Jumisah yang memuji suaminya, Azlan Ekong, 52, kerana membantunya meluaskan perniagaan.
“Dialah orang kanan saya, ketua cef, pemandu, penghantar, dia boleh melakukan apa-apa sahaja. Azlan suka memasak. Hakikatnya dia yang bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk semua inti pau.”
Anak tunggal pasangan itu, Mohammad Nadzri Azlan, 19, membantu menjual pau di Lapangan Terbang Tawau, menggunakan lesen penjaja. “Jualan biasanya meningkat pada hujung minggu apabila sebanyak 600 pau terjual.”
Jumisah menjadi sebak apabila mengenangkan kata-kata arwah bapanya, yang memberi dorongan kepadanya untuk terus berusaha keras sehingga dia mampu mengubahnya menjadi aktiviti ekonomi. Formula kejayaannya ialah bersabar dan tabah, dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan rintangan.
Tetapi usahawan itu enggan mendabik dada mengenai perniagaannya, dengan mengatakan kilangnya masih belum cukup lengkap, malah salah satu penyejuk rosak apabila banjir kilat melanda rumah keluarga mereka baru-baru ini.
“Penyejuk itu terjatuh dan tidak berfungsi sejak itu; kami masih belum membaikinya. Selain itu, kami memerlukan tempat penapaian roti tambahan untuk memuatkan lebih banyak pau sebagai proses bagi meluaskan perniagaannya.”
Persaingan daripada pembuat pau lain adalah salah satu cabaran yang dihadapi, dan mendorongnya untuk bekerja lebih keras dalam memasarkan produknya dengan strategi baharu.
“Cabaran lain ialah permintaan yang turun naik daripada pengguna. Ia adalah perkara biasa untuk mengalami pasang surut dalam mana-mana usaha perniagaan.”
Pada masa ini, Jumisah sedang dalam proses menambah baik pembungkusannya untuk menjadikannya lebih menarik buat pelanggan.
“Kami sudah menghantar beberapa sampel pau ke sebuah makmal di KK untuk dianalisis. Kami akan menghasilkan label makanan yang lengkap dengan fakta nutrisi,” katanya dengan penuh semangat.
Mempunyai keturunan Jawa-Iban-Cina, beliau berkata beberapa nenek moyangnya berbangsa Cina, termasuk seseorang bernama Abdul Razak Chew dari sebelah arwah nenek arwah bapanya.
“Ibu saya berdarah Jawa-Cina kerana ibunya Cina dan bapanya Jawa. Bapa saya saya dan datuk sebelah bapa saya adalah orang Iban.


