ASUS Malaysia Hadir Dengan Promosi Bersempena Ramadan – Memperlihatkan Penjimatan Sehingga RM500 Untuk Komputer Riba

TechnologyDigital
22 Apr 2022 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jika anda mencari sebuah komputer riba untuk tujuan kegunaan di rumah, pejabat, kerja ataupun riadah, ASUS Malaysia kini sedang mengadakan jualan Ramadan Bonanza yang memperlihatkan pengurangan harga sehingga RM500 bermula 14 April sehingga 30 Mei ini.

image is not available

Diantara komputer-komputer dengan penjimatan terbesar yang dapat kami lihat termasuklah ASUS Vivobook 14 dengan konfigurasi Intel Core i5-1137G7 pada tanda harga RM2999, turun RM300 daripada RM3299 sebelum ini.

Model-model ASUS Zenbook 13 dan Zenbook 14 juga memperlihatkan penurunan tanda harga sehingga RM300 dimana kedua-dua model paling berkuasa siri tersebut dijual pada tanda harga RM4399 daripada RM4699 sebelum ini.

image is not available

Jika anda mahu mencari sebuah komputer riba gaming yang boleh menggerakkan sejumlah permainan moden pada resolusi Full HD dengan tetapan pertengahan, siri komputer riba gaming ASUS TUF Gaming F15, F17 dan TUF Dash F15 juga memperlihatkan penawaran diskaun sehingga RM500, khususnya model ASUS TUF Dash F15 dengan spesifikasi Intel Core i5, NVIDIA GeForce RTX 3050 pada harga RM3799, iaitu diskaun RM500 daripada harga asal RM4299.

image is not available

Jika anda berminat untuk membeli komputer-komputer riba ii, anda boleh melihat senarai penuh komputer riba yang hadir dengan penawaran diskaun ini di sini, dan komputer-komputer riba ini boleh dibeli melalui pengedar rasmi peranti ASUS, ataupun melalui Shopee dan juga Lazada.