Kerajaan sedia rangka penyelesaian kenaikan kos binaan: Ismail Sabri

29 Apr 2022 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan beriltizam memastikan rangka penyelesaian disediakan berikutan peningkatan mendadak kos binaan akibat konflik Rusia-Ukraine, yang memberi kesan kepada harga rumah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu beliau berkata, Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) akan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul selain memudahkan pembelian dan pemilikan rumah pada masa akan datang.

Katanya aspirasi kerajaan juga adalah untuk membina 500,000 rumah mampu milik bagi Keluarga Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sebagai usaha merealisasikan wawasan ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

"Aspirasi ini sangat dekat di hati saya dan pihak kerajaan memahami kerisauan anak muda untuk mempunyai tempat berteduh terutamanya selepas mereka bersara,” katanya pada Mailis Perasmian Pecah Tanah Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) - Astrum Ampang pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

(AKAN MENYUSUL)