“Apa Ni Panggil ‘Sayang’!” – MK Muat Naik Gambar Bersama ‘Girlfriend’, Ramai Patah Hati

25 Apr 2022 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan K Clique iaitu MK telah membuat satu Malaysia ‘terkejut’ dengan memuat naik gambarnya bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Siti Hajar.

Gambar tersebut telah dimuat naik sendiri di akaun rasmi Instagram MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan.

Lihat pada hantaran terbabit, jelas wanita itu kelihatan istimewa untuknya kerana ayat di dalam kapsyen posting tersebut amatlah manis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Di dalam gambar yang dimuat naik, MK turut menyertakan nama Instagram wanita berkenaan dan ianya menimbulkan spekulasi di kalangan netizen.

Dalam pada masa yang sama, ramai wanita meninggalkan komen seakan-akan kecewa apabila mengetahui penyanyi itu sudah mempunyai teman istimewa.

image is not available

Namun, ramai juga rakan selebriti dan netizen yang lain memberi sokongan serta gembira atas berita yang diketahui ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 6 bulan lalu

"Saya Sendiri Pun Masih Terkontang-Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain" - MK K-Clique