Fahmi Reza Kembali Dengan Lukisan Satira Beruk Pakai Tengkolok Seperti Sultan Undang Pelbagai Reaksi

14 Apr 2022 • 2:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fahmi reza

Tidak pasti apa masalah aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang sering mencetuskan kontroversi dengan menghina banyak individu berpengaruh.

Terbaru, melalui akaun Twitter miiknya, dia berkongsi lukisan terbaru yang menunjukkan potret seekor beruk dan memakai tengkolok serta darjah kebesaran seperti pakaian bangsawan atau sultan.

Gambar itu dikongsikannya pada malam tadi (13 April) pada jam 10:13 malam tanpa sebarang kapshen.

Dalam tweet selepas itu, Fahmi telah berkongsi satu lagi kata-kata bagi menjawab lukisan yang dikongsikannya.

Kalau kita bole terima dan tak sekat karya satira yang memberukkan orang lain, kita juga harus terima dan tak sekat karya satira orang lain yang memberukkan kita.

Walaupun tidak ditujukan secara terus kepada siapa ayat terbabit tetapi netizen melihat ia seakan ingin menujukan kepada lukisan suasana Dewan Rakyat yang tular sebelum ini.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media