Ayam golek, antara hidangan yang pastinya dicari oleh orang ramai untuk berbuka puasa. - Gambar Alif Omar
Sesuatu yang menarik mengenai bazar Ramadan ialah anda boleh mendapatkan pelbagai jenis juadah, yang ada kalanya sukar diperolehi pada hari-hari biasa.
Lebih menarik, ia boleh diperolehi di satu-satu tempat sahaja yakni di dalam satu kawasan.
Salah satu bazar Ramadan yang menjadi tarikan adalah Bazar Ramadan Putrajaya, yang senantiasa dipenuhi pengunjung.
Jurufoto Getaran, Alif Omar tidak melepaskan peluang merakamkan suasana di bazar berkenaan petang tadi.
Orang ramai membanjiri Bazar Ramadan di Putrajaya bagi membeli juadah untuk berbuka puasa.
Bazar Ramadan Putrajaya merupakan antara bazar yang popular dan sering menjadi perhatian.
Sosej yang digril menjadi antara hidangan tumpuan ramai.
Ayam goreng kunyit turut mendapat perhatian di Bazar Ramadan Putrajaya.
Popia basah antara juadah yang akan dicari oleh orang ramai pada bulan puasa.
Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan bagi pembukaan bazar Ramadan nyata melegakan banyak pihak.