Pesta Regatta Lepa dijangka kembali Mei

20 Apr 2022 • 1:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pesta Regatta Lepa Semporna Ke-29 2022 dijangka akan diadakan Mei ini selepas dua tahun tidak dilaksanakan, kata Pegawai Daerah Semporna Juraimin Jadil.

Juraimin, yang juga pengerusi jawatankuasa induk regatta, berkata pihaknya mencadangkan dua tarikh iaitu pada 20 hingga 22 Mei dan 28 hingga 30 Mei untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

“Sudah dua tahun pesta ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh penularan Covid-19.

“Kita sedia maklum, ada beberapa perayaan di peringkat negeri terpaksa dibatalkan jadi kita masih akur keputusan dari kerajaan negeri kerana ini melibatkan beberapa agensi, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi ulasan.

“Kita berharap Pesta Regatta Lepa 2022 akan diperkenankan kerana masyarakat Semporna ternanti-nanti untuk menyaksikan pesat ini semula,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, kerajaan mengalu-alukan pembukaan sempadan dan percaya pesta berkenaan akan dihadiri ramai pelancong luar, selain masyarakat setempat, dengan beberapa acara pengisian.

“Pertandingan Regatta Lepa, Lami Lami dan Malam Sukan Laut akan dibuat secara terbuka,” katanya.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Khairudin Saidi dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Senallang, Adam Shah Mohammad.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.