Achey Menangis Tepi Jalan Terima Berita Ibu Meninggal Dunia

Entertainment
25 Apr 2022 • 4:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ibu kepada pelawak popular, Achey baru saja menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas dua tahun menghidap penyakit kanser.

Menurut laporan Berita Harian, ibunya meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor pada pada jam 12.46 pagi tadi.

Pada awalnya, pelawak berkenaan mengetahui keadaan ibunya yang tengah nazak ketika mengadakan sebuah rakaman program raya bersama Zizan Razak dan Scha Alyahya.

Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.

Achey dikatakan mendapat berita pemergian ibunya ini ketika dia berada di atas motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang. 

Ini video yang dikongsikan Achey.. 

@achey_kintangkintung

10 ramadan terakhir mak pergi… moga mak dalam lindungan Allah… al fatihah image is not availableimage is not available

♬ original sound – acheykintangkintung

Takziah kami ucapkan kepada Achey sekeluarga dan semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.