72 tahanan Rohingya masih diburu

24 Apr 2022 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lapan pelarian telah ditahan semula pada Sabtu dan Ahad, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.

"Setakat petang ini, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.

Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved