
Kota Kinabalu: Seorang penganggur rakyat Filipina yang didakwa mengedar 59.14gm syabu akan dibicarakan pada Mac tahun depan.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim menetapkan 28 - 31 Mac 2023 untuk perbicaraan Mohd Gammar Gani semasa sebutan kesnya, Khamis.
Gammar, 32, didakwa melakukan kesalahan itu pukul 10.30 pagi, 8 Julai 2021 di tepi jalan, belakang premis KFC di Sipitang.
Dia pada 24 Mac tahun ini meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan dengan minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan dia direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin,
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran.
Gammar diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
