MATTA Fair Kembali Lagi 9 & 10 April Ini!

5 Apr 2022 • 4:28 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

MATTA Fair kembali lagi!!!

Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan kembali berlangsung pada 9 dan 10 April ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai pakej tiket penerbangan dan pelancongan menarik.

Pameran tersebut akan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam dalam tempoh dua hari berkenaan.

image is not available

Acara itu kembali dengan kerjasama rakan kongsinya, Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi selain Firefly dan MASwings yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.

Menurut Bendahari Kehormatnya Nigel Wong, dengan Fasa Peralihan Endemik dan pembukaan sempadan negara yang dilaksanakan ketika ini, usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara menerusi pameran kali ini adalah tepat pada masanya.

Selain menggalakkan pelancong datang ke Malaysia, kita juga sedang berusaha untuk menggalakkan lagi pelancong tempatan untuk meneroka destinasi domestik.

image is not available

Ini adalah kali ke-5 pameran MATTA dan kita sangat gembira dan mengalu-alukan rakan rasmi kita termasuk Malaysia Airlines selain Firefly dan MASWings.

Tambahnya lagi, pameran MATTA 2022 akan menawarkan 10 tiket penerbangan meliputi destinasi menarik termasuk luar negara untuk dimenangi oleh pemenang bertuah.

Malah Firefly turut menawarkan enam baucar percuma penerbangannya yang meliputi destinasi domestik.

MASWings juga tidak ketinggalan menawarkan lima baucar tiket penerbangan ke beberapa destinasi menarik untuk dimenangi.

image is not available

Sumber: Astro Awani