Noh Salleh, Faizal Tahir, Altimet Sertai Misi Cinta Syria Malaysia

LocalPolitics
15 Apr 2022 • 9:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Taklimat Misi Ramadan 9.0 di Pejabat NGO BONYAN, Rakan Strategik Cinta Syria Malaysia. Gambar: Cinta Syria Malaysia

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Syria Malaysia (CSM) masih teguh menyalurkan bantuan kemanusiaan buat pelarian Syria menjalani ibadah puasa.  Pada tahun ini, CSM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.2 juta bagi Misi Ramadan CSM yang ke-9.

image is not available
Noh Salleh, CEO CSM, Ahmad Musa Al-Nuwairy, Altimet, Faizal Tahir, Ketua Portfolio CSM, Puteri Norafiah Sulaiman bersama antara penerima manfaat sewaktu keluar membeli kelengkapan lebaran. Gambar: Instagram @altimet

Seramai 10 orang sukarelawan telah menyertai misi di Turki dan Syria kali ini yang turut disertai oleh selebriti tempatan iaitu Noh Salleh, Faizal Tahir, Altimet, Farah Lee dan Ustaz Amin bermula pada 7 April 2022 sehingga 22 April 2022.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Keperluan asas yang paling kritikal ketika bulan Ramadan adalah makanan. Pelarian Syria yang tinggal di khemah-khemah terpaksa catu makanan sementara menunggu bantuan kemanusiaan tiba. Pada hari kebiasaan pun, mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga, apatah lagi pada bulan puasa.

11 tahun krisis kemanusiaan di Syria, rakyatnya hilang sumber pendapatan dan sumber asas keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan penularan COVID-19.

image is not available

Menurut UNCHR (kemaskini data pada 15 Mac 2021), 13.4 juta rakyat Syria memerlukan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan 6.6 juta rakyat Syria telah menjadi pelarian di seluruh dunia.

Layari pautan ini www.ramadan4syria.com untuk membantu ringankan beban mereka pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. - Getaran, 15 April 2022

image is not available
Altimet dan Musa berada di dapur restoran bagi menyediakan makanan iftar untuk 17 keluarga Syria di Tal Abyad.

image is not available
Noh Salleh menyantuni kanak-kanak pelarian Syria dengan mengagihkan gula-gula kepada mereka sewaktu menziarahi tapak MySyria Water Project.

image is not available

image is not available
Ustaz Amin bersama anak pelarian Syria di tapak MySyria Water Project. MySyria Water Project merupakan projek kelestarian bagi punca air sekitar Tal Abyad, Syria. Projek membaikpulih sistem air sepanjang 63km ini memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk tempatan.

Gambar : Ihsan Cinta Syria Malaysia dan Instagram Altimet