Peniaga Mi Viral Diberi Notis Kerana Gagal Jaga Kebersihan [Video]

15 Apr 2022 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang pelanggan yang menemukan ulat di dalam makanan yang dibelinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @meximus_takasima33, dia menemukan ulat tersebut di dalam mi goreng bersama sotong yang dibelinya dari Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, dia menerusi video tersebut telah meminta pihak Perbadanan Putrajaya untuk membuat pemeriksaan terhadap kedai tersebut.

PPj keluar notis amaran kerana gagal pastikan kebersihan

Susulan dengan insiden itu, satu notis amaran telah dikeluarkan kepada peniaga mi viral itu kerana gagal memastikan kebersihan di kawasan tempat menjaja.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (PPj), Dr Mohd Helmi Abdul Hamid berkata, peniaga tersebut diberikan notis mengikut UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Putrajaya) 2016.

Menurutnya, notis itu dikeluarkan ketika pihaknya membuat pemantauan dan pemeriksaan seluruh gerai di Bazar Ramadan semalam (14 April).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved