Jangkitan harian rekod 14,692 kes, kebanyakan tanpa gejala

3 Apr 2022 • 10:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 APRIL: Jumlah jangkitan harian Covid-19 terus menurun kepada 14,692 kes semalam berbanding 17,476 kelmarin, dengan kes serius kekal rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 99.46 peratus atau 14,613 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 79 kes atau 0.54 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.

Berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 8,557 kes (58.24 peratus)
  • Kategori 2: 6,056 kes (41.22 peratus)
  • Kategori 3: 27 kes (0.18 peratus)
  • Kategori 4: 19 kes (0.13 peratus)
  • Kategori 5: 33 kes (0.23 peratus)

Jumlah terkumpul jangkitan adalah 4,234,087 kes sejak dua tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved