
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan 270 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, peningkatan 56 kes berbanding hari sebelumnya.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata nisbah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu agak seimbang, iaitu 12 daerah mencatatkan peningkatan dan 13 daerah lagi mencatatkan penurunan kes baharu.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menamatkan Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu ekoran tidak ada lagi rantaian kes baharu yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.
“Sabah sedang melalui fasa penstabilan dan setakat ini tidak ada lagi kluster baharu yang dilaporkan. Ini bermakna hanya terdapat tiga kluster yang masih aktif di Sabah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Tiada kes kematian dilaporkan pada Jumaat, tambahnya.
Masidi juga berkata bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 965 manakala 323 pesakit sedang menerima rawatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
