
SEMPORNA: Lima dilaporkan lemas, dua masih hilang sementara 13 yang lain terselamat dalam tragedi bot pam karam akibat cuaca buruk di perairan Pulau Tandoan, Timbun Mata, lewat malam Khamis lepas.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, pasukannya mengaktifkan Ops Carilamat bagi mencari dua lagi mangsa sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10 malam.
