Apple buang APP yang tidak dikemas kini dalam satu tempoh tertentu, kenapa ada pengguna marah?

25 Apr 2022 • 11:02 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sejumlah pembangun APP yang menerbitkan produk mereka di App Store mengadu telah menerima maklumat daripada Apple tentang produk mereka yang akan dibuang daripada gedung dalam talian itu. Apple memetik sebab APP itu tidak dikemas kini dalam satu tempoh yang lama, mereka terpaksa membuangnya.

image is not available

Perkara ini menimbul rasa tak puas hati dalam kalangan pembangun, terutamanya yang berada dalam kategori indie. Hujah pembangun adalah, APP yang sudah siap dibangunkan seperti permainan, tidak perlulah dikemas kini secara berkala kerana ia adalah satu produk siap.

Ia berlainan pula dengan APP berasaskan UGC (user generated content) seperti Facebook, YouTube, dan segala macam media sosial. Kategori UGC memanglah perlu dikemas kini selalu kerana trafik data berlaku secara dua hala.

Benda-benda yang lapuk memang ada risiko untuk datangkan masalah. Namun, Apple mungkin perlu wujudkan kategori khas untuk pembangun-pembangun indie ini.

Sumber: 9to5Mac