Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Terawih

24 Apr 2022 • 8:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang jemaah lelaki yang sedang menunaikan solat terawih secara berjemaah meninggal dunia semalam.

Menurut laporan Utusan, kejadian berlaku di Masjid Tunku Safinaz di Kampung Lanai, Baling, Kedah dimana lelaki berusia 51 tahun itu rebah pada rakaat ke-20.

image is not available

Seorang jemaah lain mengatakan bahawa arwah solat satu saf yang berada di belakang imam.

Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba dia rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah.

Arwah juga ada mengadu kepada jemaah lain bahawa dia sakit dada sebelum itu. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah buat keluarga atas kehilangan insan tersayang..

Kredit: Utusan 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.