Mawar Karim Boleh Bankrap? Didakwa Cuba Larikan Diri Dari Bayar Hutang Sebanyak RM720K

12 Apr 2022 • 9:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mawar karim

Melihat daripada laporan mStar, itulah apa yang berlaku kepada usahawan selebriti, Mawar Karim apabila didakwa cuba melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.

Hutang ini wujud selepas dia meminjam daripada seorang sahabat bernama Nabil Mat Yahya dan jika ia berterusan, Mawar akan berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrup.

mStar menyatakan, pinjaman wang sebanyak sebenarnya digunakan sebagai modal perniagaannya. Nabil yang diwakili peguam, Nik Zarith kemudian menyatakan Mawar gagal membayar hutang RM720,000 itu secara ansuran selepas tujuh bulan bermula tarikh pinjaman pada 7 Jun 2021.

image is not available

Peguam itu turut menyatakan telah menghantar notis tuntutan bayaran tetapi masih gagal membuat sebarang pembayaran selepas 10 bulan dan sekaligu melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

Disebabkan itu, pihak Nabil telahpun memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu. Pihak mahkamah kemudian mengeluarkan penghakiman ingkar tapi malangnya, Mawar tetap berdiam dan seakan cuba melarikan diri.

Bayar atau isytihar bankrap!

image is not available

Jika Mawar masih berdiam dan tidak membayar pinjaman yang dilakukannya, pihak Nabil terpaksa melakukan proses garnisan yang akan menuntut Mawar membayar semula dari akaun bank miliknya.

Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau harta milik Mawar bakal dilelong. – Tegas Zarith.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklum balas dari pihak Mawar.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media