Wawancara wakil rakyat negeri papar isu semasa, disiar dua kali seminggu

19 Apr 2022 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Orang ramai boleh mengikuti perkembangan wakil rakyat Selangor menerusi ruangan ‘YB Turun Padang’ yang disiar dalam portal selangorkini.my pada setiap Isnin dan Rabu.

Mula disiarkan pada 28 Mac, wawancara itu menyentuh perihal agihan bantuan, perancangan Dewan Undangan Negeri, pandangan isu semasa dan kegiatan serta latar belakang Ahli Dewan Negeri (ADN).

Setakat 18 April, tujuh temu bual dimuat naik membabitkan Saari Sungib (Hulu Kelang), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya), Dr G Gunarajah (Sentosa), Mazwan Johar (Sungai Ramal), Wong Siew Ki (Balakong) dan Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati).

Pakatan Harapan menguasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti Keadilan Rakyat memiliki jumlah terbesar iaitu 19 ADN, DAP (15) dan Parti Amanah Negara (enam).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved