Koleksi Tumbuhan Plastik Lego Botanical Diperkenalkan Di Pasaran Tempatan

TechnologyDigital
15 Apr 2022 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lego ialah jenama blok plastik yang cukup terkenal dikalangan kanak-kanak dan juga dewasa yang mana mereka boleh meluangkan masa berjam-jam untuk membina pelbagai jenis objek menggunakan blok-blok plastik ini.

image is not available

Terkini, mengikuti trend dimana orang ramai membeli tumbuh-tumbuhan untuk ditanam di rumah, mereka telah melancarkan siri Lego Botanical yang kini terdiri daripada dua model, iaitu Lego Orchid dan Lego Succulents.

Jika anda tidak boleh menanam pokok sebenar atas pelbagai alasan dan faktor, Lego Orchid dan Lego Succulents ini membolehkan anda meluangkan masa untuk membina tumbuhan plastik ini, yang mana kedua-dua Lego ini hadir dengan sejumlah 600-700 blok plastik untuk membinanya.

image is not available

Lego Orchid direka dengan menggunakan pohon orkid yang sebenar yang berada di pejabat Lego, manakala keunikan Lego Succulents hadir melalui kebolehan pengguna untuk menyambungkan pelbagai pokok-pokok kaktus ini ataupun memisahkannya, bergantung kepada pilihan pengguna.

Siri Lego Botanical kini ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM219.90.

View Original Article