Remaja perempuan hilang selepas keluar rumah

13 Apr 2022 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar rumah dalam kejadian di Mentari Court, Taman Sri Mentari di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berumur 16 tahun itu kira-kira jam 9.03 malam.

"Laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya berkaitan kehilangan seorang remaja perempuan bernama Dhiviya a/p Ravi berumur 16 tahun.

"Mangsa dipercayai hilang selepas keluar rumah di alamat Blok G Mentari Court Jalan PJS 8/9 Taman Sri Mentari, Petaling Jaya kira-kira jam 7.10 pagi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diharap tampil menghubungi pihak polis.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diharap berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Yugarajan a/l Raman di talian 014-3049419 bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved