Kereta terbakar, seorang rentung

18 Apr 2022 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JEMPOL - Sebuah kereta Proton Wira terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin di Kampung Taman Jaya di sini.

Pemangku Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba ( TPgB) II, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dengan tujuh anggota.

"Kami mengambil masa 15 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut. Bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang mangsa rentung di bahagian tempat duduk pemandu," katanya pada Isnin.

Jelasnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu.