Bagaimana Tambah-Nilai Kad TNG Baharu Terus Menggunakan Aplikasi TNG eWallet?

TechnologyDigital
22 Apr 2022 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Touch ’n Go hari ini telah memperkenalkan kad TNG baharu, sekaligus memudahkan orang ramai untuk melakukan tambah-nilai kad terus menggunakan aplikasi TNG eWallet. Untuk menjayakannya, TNG menggunakan teknologi NFC pada kad berkenaan, dan memerlukan telefon dengan sokongan NFC untuk tujuan tambah-nilai.

image is not available

Untuk melakukan tambah-nilai, terlebih dahulu anda perlu menambah kad berkenaan ke aplikasi TNG. Anda boleh melakukan penambahan dengan menggunakan ciri NFC terus, atau secara manual memasukkan nombor siri yang tertera pada bahagian kad.

image is not available

Sebaik sahaja selesai, anda boleh ke aplikasi TNG eWallet, dan seterusnya memilih ikon TNG Card. Sekiranya kad anda menyokong tambah-nilai melalui aplikasi, maka butang “Reload” akan dipaparkan. Butang ini tidak dipaparkan pada kad generasi lama.

image is not available

Seterusnya, tap pada butang Reload, dan sentuh kad TNG anda pada bahagian NFC dibelakang telefon. Ia seterusnya akan membawa kepada skrin memperlihatkan berapa kredit yang anda ingin tambah.

Masukkan nilai kredit, dan tekan “Reload Now”. Amaun paling minima yang boleh ditambah-nilai adalah RM10. Sebaik sahaja selesai memasukkan nilai, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan (imbasan wajah atau kata laluan).

image is not available

image is not available

Seterusnya, anda akan diminta menyentuh sekali lagi kad untuk tujuan tambah-nilai. Aplikasi seterusnya akan memaparkan skrin berjaya, dan kredit terus boleh digunakan pada kad TNG anda.

Daripada ujian kami, secara keseluruhan, proses mengambil masa sekitar seminit dua sahaja.

image is not available

Seperti biasa, sebelum dapat menggunakannya, anda perlu memastikan telefon anda menggunakan menyokong ciri NFC padanya. Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda tepati sebelum dapat menggunakan ciri ini:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang Dinaik Taraf