Masjid Al-Aqsa diserang tentera Israel

23 Apr 2022 • 1:27 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, Wartawan Pelatih

BAITULMAQDIS : Tentera Israel menyerang perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang telah cederakan kira-kira 30 rakyat Palestin termasuk tiga wartawan.

Serbuan baharu itu berlaku pada pagi Jumaat dengan penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel untuk memusnahkan dan memasuki kawasan itu dengan melepaskan peluru getah dan bom tangan, menurut laporan Al-Jazeera.

Polis berkata, kebakaran itu adalah akibat orang Palestin membaling bunga api menyebabkan berlaku kebakaran kecil di perkarangan itu dengan penduduk Palestin menyalahkan polis Israel kerana membakar pokok.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Jumlah rakyat Palestin yang cedera adalah 31 orang termasuk 14 orang dibawa ke hospital untuk rawatan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendedahkan jumlah rakyat Palestin yang cedera adalah 31 orang termasuk 14 dibawa ke hospital untuk rawatan.

Polis Israel berkata, seorang pegawai polis cedera selepas terkena batu.

Rakyat Palestin dituduh oleh Polis Israel kerana membaling batu, dan mengatakan mereka menunggu sehingga solat subuh berakhir sebelum memasuki perkarangan masjid.

 

-Agensi