Huawei Watch GT 3 Pro Turut Akan Dilancarkan Pada 28 April

TechnologyDigital
26 Apr 2022 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan buat Huawei untuk hadir dengan pelbagai variasi produk dalam satu acara pelancaran. Sama seperti kali ini, nampaknya mereka tidak sekadar memperkenalkan peranti boleh-lipat baharu. Malahan, barisan peranti boleh-pakai Huawei turut bakal dikemaskini.

image is not available

Melaluinya, Huawei Watch GT 3 Pro akan diperkenalkan sekaligus menyertai Huawei Watch GT 3 yang diumumkan sekitar Oktober tahun lalu. Jam tangan ini bukan sahaja diiklankan dengan kebolehan penarafan kalis air 5 ATM dan IP68 sahaja, malahan ia turut boleh digunakan untuk menyelam sehingga 30 meter. Menurut Huawei, jam tangan berkenaan turut telah menjalankan sekitar 200 jenis ujian bagi memenuhi piawaian ketahanan air untuk penyelam.

image is not available

Tiada butiran mengenai spesifikasi yang dikongsi. Tetapi, Huawei Watch GT 3 Pro dipercayai hadir dengan sistem operasi HarmonyOS, di samping ketahanan bateri cukup baik mencapai 14 hari. Selain itu, ia turut dijangka hadir dalam beberapa variasi termasuklah tali jam bersaiz 46mm bersama tubuh diperbuat daripada aloi titanium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved