“Hon Dapat Apa?” – Tersangkut Hampir 2 Jam Di Parkir Bawah Tanah Mall Gara-Gara Palang Keluar Rosak

Travel
25 Apr 2022 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dah nak raya ni pastinya pusat membeli-belah dipenuhi dengan kehadiran orang ramai yang ingin membeli persiapan raya buat diri sendiri dan juga ahli keluarga masing-masing.

Sudahlah penuh dengan orang ramai, perkongsian seorang individu di TikTok mengenai kesesakan ‘luar biasa’ pengunjung di tapak parkir bawah tanah sebuah pusat membeli-belah terkemuka telah berjaya menarik perhatian netizen.

Dalam video tersebut, individu yang dikenali sebagai @chikkfaa_ ini ada berkongsi gelagat orang ramai yang berang dengan palang keluar parkir ‘mall’ tersebut yang tidak berfungsi.

Pengunjung ‘mall’ terbabit dilihat telah membunyikan hon bertalu-lalu berikutan tiada pergerakan keluar kenderaan dari kawasan parkir bawah tanah tersebut.

Berdasarkan video itu, punca ramai yang tersangkut adalah kerana palang keluar mengalami sedikit masalah sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan.

image is not available

Sumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, ada yang memaklumkan sistem keluar masuk yang terlalu ‘canggih’ iaitu menggunakan sistem pengesanan nombor plat telah sedikit sebanyak menjadi punca kepada kesesakan tersebut.

Apa-apapun, rancang perjalanan dan ‘timing’ penyediaan kelengkapan raya anda dengan sebaiknya ya!

image is not available 24 jam lalu

"Main Serbu Je.."- Paksa Tukar 'Water Filter' Tanpa Kebenaran, 'Scammer' Kutip RM2.2k Setiap Rumah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved