“Tak Nafi Atau Mengiyakan..”- Alif Syukri Keluar Lagu ‘Kelepok Raya’, Didakwa Promosi Kepelbagaian Gender

Music
20 Apr 2022 • 9:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular baru-baru ini mengenai lagu baharu nyanyian jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul Kelepok Raya yang menjadi bahan bualan warga maya.

Ia menjadi cakap-cakap pengguna media sosial berikutan salah satu sedutan dari lagu tersebut memaparkan beberapa orang lelaki bersama Aliff menari secara ‘daring’.

Ia sekaligus mengundang kritikan netizen yang merasakan Aliff Syukri seolah-olah mempromosikan golongan LGBT.

Namun begitu, usahawan itu memberitahu bahawa dia tidak mahu mengiyakan atau pun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan apa yang cuba disampaikan dalam lagu berkenaan hanyalah seni tarian.

Saya tak nak mengiyakan atau menafikan sama ada saya mempromosi golongan tersebut atau tidak. Apa yang dilihat itu adalah seni tarian, saya cuma hendak beri kelainan sahaja.

Dalam pada itu, Aliff meminta agar netizen tidak ‘judge’ penari-penari dalam video berkenaan dari luaran kerana ada di antara mereka sudah berkahwin.

Mereka yang terlibat dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Ada pensyarah, ada askar. Jangan menghina. Kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak saja.

Dia juga menjawab persoalan netizen yang bertanyakan maksud kelepok yang menjadi tajuk lagu raya berkenaan.

“Kelepok tu maksudnya macam kita ‘lepok’ atau pukul orang lah macam tu, tiada makna lain pun. Saya pilih kerana ia catchy sahaja.” jelas Aliff lagi.

image is not available 4 hari lalu

"Burukkan Imej Islam!" - Penari Pakai 'Singlet' Dengan Songkok, 'Teaser' Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved