Razer Leviathan V2 Kini Di Malaysia – Soundbar Gaming Dengan Audio Spatial THX Berharga RM1399

TechnologyDigital
22 Apr 2022 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Razer Leviathan mula dilancarkan pada 8 tahun lepas, iaitu 2014 sebagai set sooundbar khusus menyasarkan para pemain permainan video (gamer). Seperti kebanyakan produk Razer, soundbar ini turut menyertakan sokongan lampu RGB terkenal mereka. Kini, mereka telah hadir dengan generasi baharu Leviathan V2.

image is not available

Soundbar Razer Leviathan V2 ini hadir dengan 2 pemacu audio penuh, 2 radiator pasif, 2 tweeter dan satu subwoofer menembak ke bawah. Razer menjanjikan pengalaman audio yang berdentum kencang, dengan bass yang dalam sesuai untuk permainan video aksi atau filem aksi yang banyak tembakan dan letupan.

Razer turut ingin memberikan pengguna pengalaman pendengaran audio pada kadar fideliti-tinggi untuk audio dengan pementasan yang lebih luas, lebih realistik, jelas dan sedap. Ia juga dibina untuk digunakan bersama-sama dengan PC untuk mengaktifkan ciri audio spatial THX. Selain itu dengan PC juga, lampu RGB Razer Chroma turut boleh dikawal dengan terdapat 18 zon pencahayaan.

image is not available

Soundbar Leviathan V2 ini hadir dengan sambungan Bluetooth 5.2, mempunyai kaki yang boleh ditanggalkan, mudah ditambat pada dua peranti, direka dengan rekaan kompak agar sesuai diletakkan di bawah monitor dan dijual pada harga hanya RM1,399.

View Original Article