
RANAU: Seramai 10 individu yang kebanyakannya tersenarai dalam e-Kasih, menerima bantuan berjumlah RM20,000 untuk memohon lesen memandu lori mereka, di sini, pada Rabu.
Bantuan itu diperuntuk dan disampaikan oleh Ahli Parlimen Ranau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin di Pejabat Perkhidmatan Awam Parlimen Ranau.


