
Mesti korang pernah tengok satu iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ kan? Iklan tersebut ditayangkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan sekita tahun 2007.
Iklan yang berdurasi selama satu minit 32 saat itu merupakan hasil karya pengarah hebat, Allahyarham Yasmin Ahmad berhasil untuk mencuri hati rakyat Malaysia dek kerana kecomelan seorang murid sekolah rendah bernama Tan Hong Ming yang memendam perasaan terhadap seorang murid, Ummi Khazriena.
Saya dah ‘sailang’ girl friend kamu
@addindnial sorry tan hong meng saya sailang gf awak time sekolah dulu
♬ original sound – hector
Semalam, tular satu video di TikTok yang dimuat naik @addindnial yang menunjukkan penampilan terkini Ummi Khazriena yang muncul sebagai rakan baik kepada Tan Hong Ming dalam iklan berkenaan. Menerusi video yang dimuat naik oleh teman lelaki pelakon iklan itu, dia berkongsi kehidupan Ummi yang kini sudah dewasa serta menjadi seorang gadis yang matang dan cantik.
Respon netizen
Video yang berdurasi selama 32 saat itu mendapat respon dari netizen yang mengimbau kembali kenangan menonton iklan tersebut pada suatu masa dahulu.



Kredit: TikTok addindnial
The post Ini Penampilan Terkini Ummi Khazriena, Kanak-Kanak Dalam Iklan Kemerdekaan 15 Tahun Lalu appeared first on Oh! Media.


