Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Khas Pokemon Habis Dijual

Digital
27 Apr 2022 • 8:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Funkykit.com

Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon habis dijual dalam tempoh beberapa minit selepas dilancarkan di Korea Selatan pada tengah malam Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Edisi khas telefon pintar Samsung boleh lipat itu didatangkan dengan aksesori bertemakan Pokemon, termasuk Pikachu Keychain, Pokemon Palette, Monster Ball 3D Grip Talk dan lima pelekat Pokemon, menjadi trend terkini dan mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak di Korea Selatan.

Ia habis dijual dalam tempoh lima minit selepas jualan dibuka dengan harga 1.28 juta won (US$1,025).

Samsung juga bekerjasama dengan pereka dan jenama popular dalam usaha menyasarkan lebih ramai pengguna muda serta mengembangkan aksesori dan produk mudah alih edisi terhad.

Pada September, Samsung berganding bahu dengan jenama fesyen Amerika. Thom Browne, yang untuk menghasilkan Galaxy Watch4 Classic Thom Browne Edition.

Samsung juga mengeluarkan earbud tanpa wayar Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 edisi terhad pada bulan berikutnya, dihasilkan dengan kerjasama Maison Kitsune, syarikat fesyen label muzik elektronik Perancis-Jepun.

Jurucakap Samsung pada Selasa berkata syarikat itu tidak dapat mendedahkan angka jualan yang tepat atau rancangan jualan tambahan untuk edisi Pokemon. 

Samsung juga belum membuat keputusan mengenai pelancaran edisi khas Pokemon di luar negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved