RM80j laksana projek fasiliti perubatan di Labuan

29 Apr 2022 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan kira-kira RM80 juta bagi melaksanakan beberapa projek kemudahan perubatan baharu dan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur sedia ada di pulau bebas cukai itu, tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari (gambar) berkata projek termasuk pelaksanaan sistem bekalan gas perubatan di Hospital Labuan.

“Projek ini adalah untuk membekalkan gas khusus dan campuran gas ke pelbagai bahagian hospital,” katanya kepada Bernama, Khamis.

Dr Ismuni berkata peruntukan itu juga untuk pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Bebuloh yang perlu dibangunkan berikutan pertambahan penduduk di kampung itu dan kawasan sekitarnya.

“Klinik ini juga untuk menampung pesakit dari beberapa kampung lain seperti Kampung Sungai Bedaun, Taman Mahkota Impian, Kampung Sg Miri dan Kampung Sg Buton,” katanya.

Dr Ismuni berkata projek lain dalam perancangan ialah kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di atas bumbung Klinik Kesihatan Membedai.

Pembinaan kuarters kakitangan penjagaan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan di Klinik Kesihatan Membedai berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual, katanya.

Sementara itu, beliau berkata projek pembangunan Farmasi Steril Hospital Labuan juga telah dimulakan dan akan siap pada Oktober tahun depan (2023).

“Kami mahu melengkapkan sepenuhnya Hospital Labuan dengan kemudahan perubatan yang diperlukan supaya pesakit tempatan tidak perlu pergi ke tanah besar Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.