Bateri Kamera Ini Mempunyai Port USB-C Membolehkan Ia Dicas Secara Terus

TechnologyDigital
22 Apr 2022 • 2:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kami menyedari pasukan video Amanz sentiasa mengecas pek bateri di pejabat. Dua pengecas digunakan untuk mengecas semula bateri untuk kamera Sony. Kadang kala terdengar jeritan bertanya dimanakah pengecas yang hilang. Bagi mereka yang penat mencari pengecas untuk bateri yang hilang, Nitecore mengeluarkan bateri dengan port USB-C terbina yang membolehkan pengecasan dilakukan secara terus.

image is not available

Nitecore UFZ100 ialah bateri yang sama seperti Sony NP-FZ100 yang digunakan pada sisi kamera Sony Alpha. Ia berkapasiti 2250 mAh yang hampir setanding dengan kapasiti bateri asal. Dengan port terbina di belakang bateri, sebuah lampu LED digunakan untuk menunjukkan tahap pengecasan. Hijau untuk melebihi 50%, biru untuk bawah 40% dan merah untuk bawah 10%.

Pengecasan semula akan mengambil masa empat jam yang lebih laman berbanding menggunakan pengecas rasmi NP-FZ100. Bateri ini baru diumumkan maka harga jualan dan tarikh ia boleh dibeli masih belum diumumkan oleh Nitecore.