Selangor jamin bekalan asas, mentah cukup menjelang Aidilfitri

19 Apr 2022 • 9:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan asas dan mentah di negeri ini mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Berikutan itu, EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik atau melebihi keperluan.

“Insya-Allah bekalan mencukupi sehingga Aidilfitri dan tiada aduan daripada pengguna serta peniaga setakat ini,” katanya selepas meninjau bazar Ramadan di Stadium Shah Alam sempena Op Pantau semalam.

Operasi dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor turut disertai pengarahnya Muhamad Zikril Azan.

Sebelum ini, KPDNHEP memberi jaminan bekalan bahan mentah khususnya beras, gandum minyak dan telur ayam mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri Mei ini.

Agensi itu juga yakin bekalan ayam segar mencukupi selepas musim perayaan hasil perbincangan dengan beberapa pengeluar ayam terbesar dalam negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved