Amaran ribut petir sehingga 6 petang ini

LocalPolitics
9 Apr 2022 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan sehingga pukul 6 petang Sabtu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Sik, Baling, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Batang Padang, Muallim, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak); Kelantan (Pasir Mas, Tanah Merah); Terengganu (Kuala Nerus, Dungun) dan Pahang (Bera).

Ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin); Johor (Kluang, Mersing); Selangor (Gombak, Petaling, Hulu Langat. Hulu Selangor); Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jempol,jelebu, Kuala Pilah).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Dalam pada itu beberapa kawasan akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang melibatkan berapa daerah di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

image is not available