Lebih 700 pendatang Zionis rempuh Masjid Al-Aqsa

22 Apr 2022 • 10:32 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

oleh: Azrina Amri, wartawan pelatih

BAITULMAQDIS : Lebih 700 pendatang Zionis telah merempuh Masjid Al-Aqsa semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Wakaf Islam yang menjaga kawasan ibadah di Baitulmaqdis, seramai 762 orang Israel telah merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan duduk selama lebih tiga jam.

Polis Israel telah meredah masjid itu terlebih dahulu dan menghalau orang-orang yang sedang menunaikan solat, menurut seorang saksi.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan mereka melepaskan beberapa das tembakan peluru getah dan bom ke halaman masjid dan terkena beberapa jemaah.

“Ahli kami perlu merawat mangsa yang telah ditembak oleh peluru getah ke bahagian mukanya di Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Jumlah mangsa masih belum dapat dipastikan namun, menurut polis Israel mereka mengesahkan dua orang Palestin telah tercedera dalam serangan itu.

Dilaporkan seramai lebih 3,000 orang Israel telah merempuh Masjid Al-Aqsa semasa sambutan perayaan Hari Pesakh yang berlangsung selama lima hari dan tamat pada Khamis.

Terjemah dari Middle East Monitor


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

image is not available