TMJ Pula Bersuara Demi Adik Bella. Habislah Awak Bainun!

17 Apr 2022 • 12:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kalau semalam isteri TMJ sudah bersuara, hari ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris bersuara untuk membela nasib remaja Down Syndrome, Bella.

Perbicaraan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun kini sedang hangat dibicarakan orang ramai dan nampaknya TMJ juga tidak akan berdiam sahaja.

Melalui perkongsian TMJ di Insta Story sebentar tadi, Tunku mengatakan dia bersedia menawarkan peguam-peguamnya secara percuma.

TMJ turut akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk mengantar peguamnya yang akan diarahkan memerhati (Watching Brief) bagi pihak kementerian.

Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved