Masyarakat Sabah sambut baik 1 Apr

2 Apr 2022 • 12:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Setelah dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19, Malaysia kini memasuki Fasa Peralihan Endemik mulai Jumaat.

Hal tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu, sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan keluarga Malaysia.

Antaranya, operator pelancongan Mohd Shukur Jahar, 39, menganggap langkah kerajaan membuka sektor pelancongan kepada pengembara sebagai rahmat kepada seluruh pemain industri, memandangkan sektor itu adalah yang paling teruk terjejas.