“Siapa Si ‘Katak’ Tu? “- Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud ‘Mendalam’, Netizen Jadi Teruja

Art
13 Apr 2022 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial Twitter terutamanya apabila ‘page’ rasmi Selangor Royal Malaysia telah memuat naik sebuah foto memaparkan Sulatang Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sedang berdiri bersebelahan sebuah hasil seni berupa satu lukisan.

Namun, apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila lukisan tersebut seolah-olah membawa maksud ‘mendalam’ kerana ia memaparkan sekumpulan haiwan seperti monyet dan katak sedang bersidang di dalam parlimen Malaysia.

Difahamkan, Baginda telah membeli karya seni tersebut dan telah menggantungnya di ‘private study room’ milik Baginda.

Dalam pada itu, Baginda juga berhasrat untuk melelong lukisan tersebut dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang ‘teruja’ dan seperti memahami maksud tersurat pada hasil seni lukisan tersebut.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ada yang mendakwa lukisan tersebut membawa maksud satira dan menempelak keadaan politik di tanah air pada ketika ini.

‘Art berat’ kata netizen!

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) Pemandu Keras Kepala Pandu Lawan Arus, Dipercayai Mabuk Langgar 'Rider' Dan Kereta Honda