Rider Himpit Dan Ambil Kesempatan Raba Payudara Wanita Didenda RM4k

27 Apr 2022 • 2:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Seorang penghantar makanan didapati bersalah mencabul kehormatan seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM4,000 hari ini.

Menurut laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari Rabu lepas di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

Tertuduh yang mengaku bersalah atas tuduhan meraba payudara wanita berkenaan dengan niat untuk mencabul kehormatannya selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Kejadian berlaku ketika wanita Indonesia yang sedang menunggang motosikal itu didatangi rider dari arah belakang. Kemudian, tertuduh terus meramas payudara kanan sehingga mangsa terkejut dan memberhentikan motosikalnya.

Allahu, tengah-tengah bulan puasa ni.. Teruk betul perangai! Semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.