Infinix Note 12 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM749

TechnologyDigital
30 Apr 2022 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, Infinix Note 12 bakal ditawarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Lanjutan daripada itu, harga jualan rasminya kini telah dikongsi dan ianya ditawarkan pada RM749.

image is not available

Ia bagaimanapun boleh dimiliki pada harga promosi lebih rendah iaitu RM649 untuk masa terhad. Bagi yang berminat, sesi pratempah dibuka bermula 5 – 8 Mei 2022 menerusi kedai atas talian rasmi Infinix Di Shopee.

Infinix Note 12 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G88, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Turut melengkapinya, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

image is not available

Sistem tri-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP +2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong RAM maya sehingga 5GB, pembesar suara stereo dengan DTS, menjalankan XOS 10.6 berasaskan Android 11 dan sebagainya.