Penyampai Radio Mohon Maaf Kerana Siar Azan Maghrib Lebih Awal

4 Apr 2022 • 8:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Seorang penyampai radio di Tawau, Sabah yang dikenali sebagai Mohd Safwan Bin Junit telah membuat permohonan maaf kepada warga Tawau selepas melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib terlebih awal.

Penyampai radio Tawau FM bagi segmen Syoknya Hujung Minggu itu telah membuat permohonan maaf berkenaan di akaun rasmi Facebook miliknya. 

“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini (3 April) dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

image is not available

Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu. 

Hal ini disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan diri saya sendiri. Oleh itu, saya dengan rendah diri, secara peribadi memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan keadaan ini. Kesilapan ini adalah kesilapan diri sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.

Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri. Mohon kongsikan permohonan maaf ini,” tulisnya dalam kenyataan itu.

image is not available

 Di ruangan komen kelihatan ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya kerana berani tampil membuat permohonan maaf diatas kesilapan yang dilakukan. Kata mereka kesilapan itu tidak disengajakan dan setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mereka turut memintanya supaya lebih berhati-hati agar kesalahan sama tidak berulang lagi. - Getaran, 4 April 2022

Gambar : Facebook Mohd Safwan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved