Tujuh individu terperangkap dalam ruang mesin ATM

22 Apr 2022 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SUNGAI BULOH - Tujuh individu termasuk bekas Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail dilaporkan terperangkap dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini pada Jumaat.

Kejadian itu tular menerusi rakaman video berdurasi 24 saat memaparkan sepasukan anggota bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa terperangkap.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, laporan kejadian diterima pada 12.09 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki dilaporkan terperangkap hampir setengah jam.

"Pasukan bomba bertindak menghubungi talian hotline bank berkenaan bagi memaklumkan terdapat mangsa terperangkap dalam bilik mesin ATM tersebut.

"Operator memaklumkan bahawa mangsa yang terperangkap perlu menekan butang kecemasan yang terdapat di bilik berkenaan bagi membuka pintu automatik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa berjaya keluar dengan selamat sebelum anggota bergerak ke balai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved